Tunku Temenggong Johor Dilantik Pemangku Raja

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pada Selasa dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, di negeri ini.

Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibacakan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dalam istiadat pengisytiharan Pemangku Raja di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Sultan Ibrahim menerusi Menteri Besar turut mengisyhtihar pelantikan Tunku Ismail yang kini berada di luar negara sebagai Pemangku Raja Johor, sekembalinya baginda ke negeri ini, pada 19 Oktober depan.

Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut fasal yang sama.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan kerabat diraja lain. A ntara yang hadir Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, anggota penasihat Jumaah Majlis Diraja, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Obet Tawil dan barisan Exco kerajaan negeri.

Tunku Idris Iskandar, 24, merupakan anakanda ketiga Sultan Ibrahim diisytihar sebagai Tunku Temenggong pada 26 Februari 2010 oleh ayahandanya, semasa baginda bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Tunku Ismail, 28, pula dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 setelah ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor berikutan kemangkatan nendanya, Sultan Iskandar Sultan Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan