Peruntukan Besar Pertingkat Mutu Pendidikan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan besar kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan 2013 membolehkan kementerian memberi lebih perhatian terhadap kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak demi memastikan penduduknya menerima pendidikan berkualiti.

Menegaskan demikian, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013), kementerian pelajaran boleh meneruskan usaha mempertingkat mutu pendidikan negara.

Muhyiddin yang juga memegang portfolio pelajaran berkata kementerian itu membuat perancangan teliti untuk membangunkan prasarana sekolah secara meluas di seluruh negara.

Justeru, katanya satu kajian akan dilakukan untuk melihat pengagihan dibuat termasuk kepada pembinaan bangunan sekolah dan menambah bilik darjah.

"Jumlah itu boleh dikatakan besar, lebih-lebih lagi pada 2013 bermulalah gelombang pertama dalam pelan transformasi pendidikan.

"Dengan cara begini kita akan melihat pembangunan modal insan...selaras dengan tuntutan industri dan sebagainya," katanya selepas mengikuti pembentangan belanjawan bertema 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat Jumaat.

Selain itu, kata Muhyiddin, sebanyak RM38.7 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan belanjawan 2013 itu yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran akan juga digunakan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar.

"Modal insan yang ada perlu kita bina dari segi keupayaannya supaya dapat kita lahirkan pelajar yang mempunyai daya usaha dan pemikiran tinggi," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan