Keusahawanan Bistari Kurangkan Kebergantungan Terhadap Sektor Awam

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program keusahawanan bistari selain menyemai nilai inovatif, kreatif, semangat kerjasama dan berdaya saing, ia juga mampu mengurangkan kebergantungan terhadap sektor awam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara tidak langsung usaha itu turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Penyertaan para pelajar dengan bimbingan guru-guru bistari mampu membentuk persepsi yang baik terhadap bidang keusahawanan sekali gus menjadikan bidang itu satu kerjaya," katanya pada majlis perasmian Karnival Bistari 2012 di sini, Sabtu.

Beliau berkata, program keusahawanan bistari turut mampu membentuk minat kepada bidang tersebut dalam kalangan pelajar, seterusnya berupaya melahirkan lebih ramai usahawan berpotensi dan modal insan berkualiti, pada masa hadapan.

"Penganjuran program seumpama itu amat wajar kerana ia merupakan suatu inisiatif berpandangan jauh," katanya.

Karnival sehari anjuran Johor Corporation dan Bistari Johor Berhad itu bertujuan memperkenalkan program tersebut di peringkat kebangsaan dan julung kali diadakan di luar Johor.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan Kad QU KFC, kad prabayar dengan ciri unik yang memudahkan proses transaksi harian dalam pembelian produk KFC dan transaksi dalam talian. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan