Karpal Singh Yakin Masalah Antara Mansor Dan Lim Boleh Diselesaikan

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh yakin masalah yang timbul antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman boleh diselesaikan secara profesional.

Beliau bagaimanapun berkata penyelesaian kepada masalah itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua belah pihak sebaliknya diselesaikan secara peribadi.

"Adalah perlu untuk Mansor memberi penjelasan yang lebih daripada apa yang dinyatakan sebelum ini, penting bagi Mansor untuk menjelaskan semuanya.

"Ini boleh diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin, tidak melibatkan parti tetapi secara personal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Pasar Awam Farlim, Air Itam di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan.

Mesyuarat itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 dan peluang memenanginya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan