Jabatan Khas Untuk Kawal Selia Empat Jelapang Padi Baharu - Noh Omar

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menubuhkan jabatan khas bagi mengawal selia empat kawasan jelapang padi baharu yang akan dibuka di Kota Belud, Sabah; Batang Lupar Sarawak; serta Rompin dan Pekan di Pahang.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata jabatan itu akan bertanggungjawab membangunkan kawasan terbabit secara bersepadu.

"Bila kawasan ini menjadi jelapang padi, maka kawasan ini akan diwartakan sebagai Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), sama seperti IADA Barat Laut Selangor, IADA Kerian, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada)," katanya pada sidang media, di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu merasmikan Hari Terbuka Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membuka empat lagi kawasan jelapang padi baharu seluas 19,000 hektar bagi memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Noh berkata pada ketika ini setiap aspek kawasan penanaman padi di luar kawasan IADA diurus secara berasingan seperti hal air diurus Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sementara itu, Noh berkata Fama menyasarkan penubuhan 500 lagi pasar tani di seluruh negara menjelang hujung tahun depan yang akan menjadikan jumlah keseluruhan meningkatn kepada 1,000.

"Kalau ini jadi kenyataan peranan Fama pastikan pasaran konsep dari ladang terus ke pasar tanpa melalui orang tengah akan tercapai. Saya harap Fama betul-betul dapat mainkan peranan supaya peranan orang tengah kita dapat hindarkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan