Gerakan Untuk Semua Rakyat Malaysia - Koh Tsu Koon

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bukan hanya khusus kepada masyarakat Cina sahaja sebaliknya ia dibuka kepada semua kaum di Malaysia, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata sememangnya parti itu sejak awal penubuhannya dianggotai rakyat pelbagai kaum.

"Kami memang telah mengamalkan budaya 1Malaysia sejak awal penubuhan parti ini. Sebab itulah kami namakan parti kami Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

"Walaupun kebanyakan daripada ahli kami terdiri daripada kaum Cina iaitu 78 hingga 80 peratus, namun kami mempunyai 15 peratus kaum India dan selebihnya dianggotai kaum Melayu dan kaum etnik di Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditanya mengenai status Parti Gerakan yang diuar-uarkan kononnya parti itu hanya khusus untuk orang Cina.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Mesyuarat Perwakilan Gerakan Nasional 2012 yang akan berlangsung esok.

Katanya kenyataan yang disebarkan melalui laman sosial kononnya parti itu merupakan parti berasaskan kaum Cina merupakan taktik parti pembangkang untuk menjatuhkan parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya Gerakan.

Mengenai prestasi Gerakan di Pulau Pinang, beliau berkata penduduk di negeri itu mula menerima segala usaha yang dijalankannya dengan respons yang positif.

"Parti Gerakan sekarang merupakan parti pembangkang di Pulau Pinang dan masyarakat dahulunya tidak menerima program yang dijalankan dengan baik.

"Namun kini melalui pengamatan saya, masyarakat di sana mula menyambut baik usaha kami bagi mengambil alih semula Pulau Pinang," katanya.

Koh berkata masyarakat Cina terutamanya telah mula mempertikaikan ketiadaan sebarang pembangunan yang dibawa oleh DAP yang memerintah negeri itu dan mula melihat program yang dijalankan Gerakan untuk menjamin masa depan mereka.

"Selain itu masyarakat Melayu dan India di Pulau Pinang turut serta mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri yang diterajui DAP dalam mentadbir dan menjaga kebajikan penduduk sejak tahun 2008," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan