BR1M 2.0 Langkah Pengurusan Ekonomi Tepat - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengumuman beberapa insentif termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia fasa kedua (BR1M 2.0) merupakan satu langkah pengurusan ekonomi yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian BR1M bukan sahaja mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat namun secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pusingan ekonomi dalam negara.

"Peruntukan sebanyak RM3 bilion ini akan diputar balik dan masuk dalam sistem ekonomi negara.

"Bermakna apabila mereka berbelanja, maka perdagangan dalam negara akan berkembang. Ini satu pengurusan ekonomi yang tepat," katanya pada sidang media selepas sesi perbentangan Bajet 2013 di bangunan Parlimen di sini, Jumaat.

Merusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian BR1M 2.0.

Bagi fasa kedua, ia diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Peruntukan RM3 bilion menerusi pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemberian beberapa insentif menerusi Bajet 2013 dianggap sebagai 'bajet pilihan raya', Muhyiddin bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

"Apa yang kota buat adalah dengan mengambil kira keperluan rakyat. Ia bukan kerana tuntutan pilihan raya.

"BR1M ini sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula dengan memasukkan kumpulan orang bujang dengan pemberian RM250. Ia mampu boleh kurangkan kos hidup yang sebelum ini tidak tersenarai.

"Pembangkang kata dengan perbelanjaan ini kita hadapi masalah, tapi terbukti bahawa kadar defisit negara dapat dikurangkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan