Bajet 2013 Realistik, Mampu Kurangkan Defisit - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai bajet realistik yang berupaya memenuhi keperluan yang dituntut oleh segenap lapisan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi peruntukan bajet berjumlah RM251.6 bilion, kerajaan yakin tidak meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat daripada menikmati nikmat daripada pelbagai inisiatif dan pelaburan yang diumumkan.

"Bajet ini sangat memberansangkan dan merupakan antara belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan dengan mengambil kira situasi ekonomi global.

"Ia dirangka dengan mengambil kira input daripada rakyat. Jadi tak ada satu kumpulan pun yang terasing atau terkeluar daripada mendapat nikmat daripada belanjawan ini," katanya pada sidang media selepas sesi perbentangan Bajet 2013 di bangunan Parlimen di sini, Jumaat.

Selain itu Muhyiddin berkata Bajet 2013 ini juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Oleh itu kita boleh capai sasaran untuk kurangkan defisit. Kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras yang lebih rendah," katanya.

Merusi Bajet 2013, kerajaan memperuntukan RM251.6 bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan selain menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Daripada jumlah tersebut, RM201.9 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Dalam pada itu mengulas mengenai peruntukan sebanyak RM38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran, Muhyiddin berkata, kementerian itu akan membuat kajian yang menyeluruh terutama bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

"Kita akan tingkatkan pembangunan modal insan serta bangunkan prasarana sekolah.

"Oleh itu kementerian akan buat kajian untuk melihat keperluan yang sewajarnya. Perkara paling pokok yang akan kita tumpukan ialah kualiti tenaga pengajar bagi membangunkan modal insan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan