Rasmi: Pro-Aspirasi Menang Pemilihan Di UM Dengan Kelebihan Satu Kerusi

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengundian semula dua buah kerusi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaya (UM) Jumaat menyaksikan setiap seorang calon dari kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa menang.

Keputusan ini sekaligus membolehkan Pro-Aspirasi memenangi pilihan raya kampus di UM dengan kelebihan satu kerusi.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada jam 1.15 tengah hari tadi menjadikan Pro Aspirasi memenangi 22 kerusi keseluruhannya manakala Pro-M, 21 kerusi.

Kesemuanya 43 kerusi dipertandingkan di UM.

Calon Pro-Aspirasi yang menang pada pemilihan semula itu ialah Neo Yew Boon bagi kerusi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat manakala calon Pro-M yang menang ialah Maiyamin Md Nor bagi Fakulti Pendidikan.

Pemilihan di UM diadakan semula apabila dua kerusi fakulti berkenaan memperoleh keputusan seri pada pemilihan Selasa lalu.

Kemenangan ini juga menjadikan Pro-Aspirasi menguasai 18 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dalam pilihan raya kampus yang telah pun selesai Selasa lalu.

Satu-satu kampus yang dikuasai oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pro-M kini bukan sahaja kehilangan penguasaan di UM tetapi juga Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan kubu kuat mereka.

Kini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi satu-satunya universiti yang masih belum lagi selesai dengan pemilihan MPP. Pemilihan terpaksa diadakan semula ekoran kerosakan pada sistem e-undinya.

Tarikh pemilihan semula masih belum ditetapkan lagi oleh senat universiti.

UIAM menawarkan 31 kerusi keseluruhannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan MPP di semua 20 IPTA;

> Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi - 50; Pro-Aspirasi menang - 50.

> Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi - 31; Pro-Aspirasi menang - 31.

> Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi - 27; Pro-Aspirasi menang - 25; Pro-M - 2.

> Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.

> Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi - 28; Pro Aspirasi menang - 28.

> Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M menang 8.

> Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi - 36; Pro-Aspirasi menang - 34; Pro-M menang - 1; Bebas - 1.

> Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi - 13; Pro-Aspirasi menang - 13.

> Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi - 45; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M - 3; Bebas - 1.

> Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.

> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi - 29; Pro-Aspirasi menang - 24; Pro-M - 4; Bebas - 1.

> Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 22; Pro-M - 2.

> Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi - 20; Pro-Aspirasi menang - 18; Bebas - 2.

> Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang - 36; Pro-M - 2.

> Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 10; Pro-M - 1; Bebas - 3.

> Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi - 54; Pro Aspirasi menang - 48; Pro-M - 6.

> Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 14.

> Universiti Malaya (UM); Jumlah kerusi - 43 kerusi, Pro-Aspirasi menang 22; Pro-M menang - 21.

> Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Jumlah kerusi - 28; Pro-M menang - 19; Pro-Aspirasi - 9;

> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan 31 kerusi, pengundian terpaksa diadakan semula pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak kerana terdapat masalah teknikal kepada sistem pengundian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan