Penyokong Pembangkang Dialu-Alukan Datang Ke BN Youth Job Fair 2012

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyokong pembangkang sangat dialu-alukan untuk datang mencari kerja di Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair kata Pengerusinya, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan penganjuran karnival tersebut hanya untuk penyokong BN, Khairy menegaskan matlamat utama karnival tersebut adalah membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.

"Berdasarkan tinjauan dan bancian yang dijalankan oleh Pemuda BN, kami dapat matlamat utama golongan muda pada hari ini adalah untuk mendapat pekerjaan. Karnival ini merupakan pusat sehenti kepada mereka yang sedang mencari kerja.

"Adalah tidak benar anda perlu menjadi ahli BN untuk turut serta dalam karnival pekerjaan ini. Ia terbuka kepada semua. Walaupun anda seorang penyokong fanatik pembangkang, anda tetap dialu-alukan," kata Khairy pada sidang media mengumumkan penganjuran Barisan Youth Job Fair 2012, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula daripada 2 hingga 4 November depan.

Karnival kerjaya itu dijangka menawarkan 30,000 peluang pekerjaan dengan penyertaan kira-kira 350 majikan.

Khairy berkata antara syarikat yang akan turut serta ialah Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines, AirAsia, Petronas and Naza

Pada hujung minggu ini , Pemuda BN akan turut menganjurkan karnival kerjaya di Dataran Senawang di Negeri Sembilan dengan menyediadakan program seperti temuda duga serta-merta, klinik resume dan ceramah kerajya

Kira-kira 4,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan oleh 50 syarikat dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu.

Pengerusi BN Youth Job Fair 2012, Nazir Hussein Akhtar Husin berkata karnival kerjaya yang serupa telah diadakan di Sandakan minggu lalu dan mencatatkan 7,808 pengunjung.

Pemuda BN menganjurkan karnival kerjaya mini diseluruh negara dan ia telah mendapat respon yang diluar jangkaan.

"Kira-kira 162 peluang pekerjaan ditawarkan di sana dengan 442 orang telah berjaya disenarai pendek oleh pihak majikan,” kata Nazir.

Beliau berkata tiga lagi karnival kerjaya mini sedang dirancang pada tahun ini iaitu di Sarawak, Terengganu dan Perak serta yang utama di PWTC.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan