Pakatan Rakyat Komited Beri Pendidikan Percuma, Hapus PTPTN - Salahuddin

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan terus komited terhadap rancanganya untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat terutama menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, fakta yang tidak betul mengenai PTPTN seharusnya diberitahu kepada rakyat dan komitmen yang terkandung dalam Buku Jingga mengenai pendidikan percuma akan diteruskan.

“Saya rasa bajet (2013) sangat jelas menuju kepada pembelian undi untuk pilihan raya akan datang. Itu kita tidak dapat elakkan, dengan terlalu banyak pemberian 'tunai' kepada rakyat.

“Isu melibatkan asas kekuatan ekonomi tidak disentuh oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana tumpuan diberikan kepada pembelian undi,” katanya kepada para pemberita di luar Dewan Rakyat, Parlimen pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai mengenai Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" yang dibentangkan oleh Najib pada Jumaat.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, belanjawan seharusnya perlu kembali kepada asas seperti pendidikan percuma dan pengagihan untuk memecahkan monopoli pihak tertentu kepada rakyat bagi mendapat bahagian yang lebih besar daripada ekonomi.

Mengenai Buku Jingga, beliau berkata, ia merupakan janji-janji Pakatan Rakyat dalam memberikan komitmen yang tinggi dan bersifat lebih bersifat asas dalam memberi pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN dalam jadual pembayaran yang terancang 15 tahun.

“Itu lebih penting sebenarnya untuk kita berikan kepada rakyat. Isu-isu rakyat yang lebih objektif, isu-isu rakyat yang semakin memerlukan komitmen yang lebih kukuh daripada kerajaan dipilih atas nama Pakatan Rakyat,” kata Salehuddin.

Pakatan Rakyat menyatakan akan menghapuskan pembiayaan PTPTN sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan