Najib: RM1.2 Bilion Untuk Pendidikan Prasekolah Berkualiti

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.2 bilion akan disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agensi berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.

"Sebagai tambahan, RM380 juta akan disediakan kepada Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.

Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baharu yang berkualiti.

Kira-kira 1,000 pusat ECCE swasta baharu akan mendapat manfaat daripada insentif itu, katanya.

Najib berkata majikan juga akan diberikan potongan cukai dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

"Ketiga, pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta.

"Keempat, pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberikan kepada pengusaha prasekolah swasta," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan projek perintis bagi Taska OKU (prasekolah kanak-kanak kurang upaya) bagi enam kategori kanak-kanak iaitu sindrom down, autisme, buta atau cacat penglihatan, pekak dan bisu, kurang upaya fizikal dan OKU masalah pembelajaran. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan