Najib Bentang Belanjawan 2013 Berpaksi Kesejahteraan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.

Daripada keseluruhan peruntukan RM251.6 bilion itu, sejumlah RM201.9 bilion ialah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2013, Najib berkata jumlahnya dianggarkan RM208.6 bilion, berbanding RM207.2 bilion tahun ini.

"Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan berkurangan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013, berbanding 4.5 peratus pada 2012.

"Ini menunjukkan kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah," kata perdana menteri.

Kerajaan memperuntuk RM232.8 bilion untuk Belanjawan 2012, termasuk RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, lima fokus yang diberi penekanan dalam Belanjawan 2013 ialah merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam; dan mensejahterakan rakyat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan