Isu Unimap: Keputusan Mahkamah Mungkin Jejas IPTA Lain

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati bahawa tindakan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menggantung seorang pelajarnya dibuat secara tidak berperlembagaan mungkin akan menjejaskan universiti awam lain.

Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata, keputusan itu mungkin menjejaskan universiti lain kerana terdapat persamaan dalam kaedah tindakan tatatertib mereka.

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi masih menunggu butiran terpeinci mengenai kes itu.

"Pada peringkat ini, saya fikir kes boleh menjejaskan universiti lain," katanya.

Beliau mengulas mengenai satu kes di mana pemimpin pelajar, Mohd Izuwan Zaini digantung oleh Unimap selepas mengambil bahagian dalam kempen kesedaran mengundi.

Bagaimamanapun Mahkamah Tinggi pada Isnin membatalkan keputusan universiti menggantung Mohd Izuwan.

Mohd Izuwan, 25, digantung selama 66 hari dan didenda RM100 oleh Unimap selepas mengambil bahagian dalam program pada 13 Januari lalu.

Mohd Izuwan berkata Unimap tidak memberikan peluang kepadanya untuk mempertahankan dirinya dan menjalankan prosiding tatatertib secara tidak berdisiplin dan hanya mengambil masa selama satu jam untuk membuat keputusan.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati tindakan Unimap tidak berperlembagaan dan memerintahkan untuk membatalkan penggantungan dan membayar kos RM5,000.

Mohd Izuwan, seorang pelajar kejuruteraan mekanikal yang akan menghadiri konvokesyennya akhir bulan ini berkata, ia adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang pelajar dan warganegara.

"Saya mengalu-alukan keputusan mahkamah mengisytiharkan bahawa kaedah tatatertib universiti adalah ultra vires (melampaui kuasa) Perlembagaan Persekutuan.

"Tambahan pula, keputusan ini akan mempunyai implikasi bukan sahaja untuk Unimap, tetapi juga kepada kaedah tatatertib universiti lain," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan