Insentif Belanjawan 2013 Galak Lebih Ramai Rakyat Guna Pengangkutan Awam

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelbagai kemudahan dan penambahbaikan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam di bawah Belanjawan 2013 menggalak orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama pengangkutan.

Menegaskan demikian Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, perkembangan sedemikian akan membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas di bandar.

Sebagai contoh, katanya, sempena terlancarnya RapidKuantan tidak lama lagi, diskaun 50 peratus bagi tambang komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) diberikan kepada warganegara berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Kemudahan itu kini dinikmati golongan kelainan upaya, pesara dan pelajar.

Di samping itu, rebat RM10,000 diberi dan kadar faedah dua peratus dikenakan ke atas pinjaman bas baru kepada pengusaha bas, kata Syed Hamid mengulas Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi skim perlindungan insurans kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah.

Najib mengumumkan sistem pengangkutan RapidKuantan akan dilancarkan pada 1 Disember bagi menyediakan perkhidmatan bas berkualiti di Kuantan.

Katanya, Syarikat Prasarana Negara Berhad juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu ekoran kejayaan RapidKL dan RapidPenang.

Sementara itu, pihak Syarikat Prasana Negara Berhad berbesar hati diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk mengendalikan operasi bas awam di negeri-negeri lain termasuk di Kuantan.

Pengarah Urusan Kumpulan syarikat itu, Datuk Shahril Mokhtar berkata, pihaknya akan menggunakan segala kepakaran, pengalaman dan pengetahuan sepanjang mengendalikan RapidKL dan RapidPenang dalam menjalankan operasi RapidKuantan.

Naib Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Siti Rahayu Zakaria berkata, pemberian diskaun tambang itu menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan