Cap Mohor Penting Dalam Pembangunan Negara - Sultan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan, fungsi dan peranan cap mohor yang menjadi satu simbol institusi kesultanan di negara ini.

Baginda bertitah ada di antara mereka yang tidak menyedari dan tidak mengetahui wujudnya cap mohor di atas warkah-warkah dan dokumen-dokumen penting daripada Raja-Raja dan Sultan-Sultan yang menjadi lambang keagungan dan kekuasaan sesebuah kerajaan.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada perasmian pameran "Nilai Sebentuk Tanda: Cap Mohor Dunia Islam" di Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur, yang bermula hari ini hingga 27 Januari hadapan.

Atas kesedaran itu, baginda amat menghargai usaha Yayasan Al-Bukhary menganjurkan pameran itu untuk menyedarkan orang ramai mengenai pentingnya cap mohor dan peranannya di dalam pembangunan sesebuah negara yang berdaulat.

Baginda bertitah cap mohor memperlihatkan kesenian dan keagungan sesebuah tamadun di dunia ini selain fungsi dan peranannya yang penting di dalam pentadbiran sesuatu kerajaan. "Di zaman kegemilangan Islam, cap mohor Nabi Muhammad SAW telah digunakan dalam setiap surat Baginda kepada Ketua-Ketua Negara luar. Sejak itu, cap mohor telah menjadi tradisi di seluruh dunia Islam oleh mereka yang berpendidikan tinggi atau berpengaruh.

"Cap mohor telah menjadi tanda tangan rasmi bagi menggantikan cap jari di atas dokumen-dokumen penting. Cap mohor juga menjadi lambang status dan imej bagi seseorang individu atau sesebuah kerajaan," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah Cap Mohor Diraja mempunyai nilai yang tersendiri kepada pemerintah di sesebuah negara. Beberapa koleksi cap mohor nenda-nenda baginda sejak pemerintahan Sultan Sir Abdul Samad (1859-1898), Sultan Sir Alaiddin Suleiman Shah (1898-1938), Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah (1938-1960) dan ayahanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1960-1999) kini dipamerkan di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang.

Baginda bertitah sejarah penggunaan Cap Mohor DiRaja telah wujud sejak pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Melaka sebelum kedatangan Portugis di mana ia digunakan dalam perhubungan diplomatik dan perdagangan serta penyebaran Islam oleh Kerajaan Melayu besar dan kecil di seluruh Asia Tenggara.

"Bukti yang jelas mengenai kewujudan Cap Mohor Diraja ialah pada surat-surat utusan DiRaja kepada kuasa Barat pada kurun ke-17," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan Cap Mohor DiRaja diluluskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada 1948 dan ia berfungsi untuk memperakukan kuasa dan ketulenan sesebuah dokumen yang ditandatangani. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan