423 Permohonan Lulus Di Bawah Skim Rumah Pertamaku

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 423 permohonan bernilai RM64.2 juta telah diluluskan institusi perbankan hingga akhir Julai lepas, bagi membantu golongan muda memiliki rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada Mac tahun lepas.

Menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, skim itu membenarkan mereka memiliki rumah pertama dengan tawaran pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus.

Ini kerana kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin 10 peratus wang pendahuluan untuk rumah tersebut.

Menurut laporan itu, 12.8 juta belia yang merangkumi 44.3 peratus keseluruhan penduduk akan terus memainkan peranan penting dalam membolehkan Malaysia mencapai aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Untuk membantu belia dalam merealisasikan potensi mereka, kerajaan telah memperuntukkan RM320 juta untuk pelbagai aktiviti seperti latihan kemahiran serta program kepimpinan dan keusahawanan.

"Sejumlah 3,301 aktiviti telah dijalankan yang memanfaatkan lebih lima juta belia," kata laporan itu.

Laporan turut menyatakan di bawah Belanjawan 2012, kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk industri kreatif bagi menggalakkan kreativiti dalam kalangan belia Malaysia.

"Belia adalah aset negara yang paling bernilai dan berpotensi untukmemainkan peranan penting dalam transformasi negara. Lebih penting lagi, belia merupakan pemimpin masa hadapan.

"Belia hari ini lebih terpelajar dan meletakkan harapan sosial dan ekonomi yang lebih tinggi. Mereka inginkan peluang dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan, keusahawanan, latihan dan kemahiran serta kualiti hidup.

"Mereka juga lebih mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan bergiat aktif dalam rangkaian sosial seperti blog, Facebook dan Twitter," kata laporan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan