258 Pelajar Orang Asli Dapat Tempat Di Universiti

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 258 pelajar masyarakat Orang Asli berjaya mendapat tempat di universiti untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang bagi kemasukan 2012 sehingga September.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malik berkata dahulu, masyarakat Orang Asli buta huruf namun kini mereka termasuk dalam golongan terpelajar, memiliki ijazah sehingga mempunyai kerjaya profesional.

"247 pelajar Orang Asli berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian di IPTA seluruh Malaysia.

"11 lagi di Autralia, Ireland, Kanada, India, Indonesia dan Rusia iaitu lapan Ijazah Sarjana Muda, dua Ijazah Sarjana dan seorang Ijazah Doktor Falsafah (PhD)," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kejayaan itu membuktikan kerajaan yang memerintah hari ini tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli serta membawa mereka keluar dari dunia kemunduran dan kemiskinan.

Terdahulu, Hassan menyampaikan sijil kepada 41 graduan pada Majlis Graduasi Pelajar Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) iaitu program kerjasama antara kementerian dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pembangunan Kemahiran serta penglibatan syarikat pengendali latihan kemahiran swasta.

Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada hasil rekaan serta ciptaan pelajar Orang Asli yang berjaya menamatkan kursus Rekaan Fesyen dan Hiasan Dandanan Rambut di bawah PLKK. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan