Tibi Di Perak Terkawal - Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehebohan mengenai kes penyakit Tibi (TB)di Perak baru-baru ini tidak seharusnya mencetuskan suasana panik, kata Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong Chee Kheong.

"Terdapat satu kes dengan seorang pelajar di Perak dikesan menghidap penyakit itu dan telah diberikan rawatan serta merta. "Jabatan Kesihatan telah juga menjalankan interbiu dan mengimbas 22 daripada 34 orang yang telah bersentuhan dengan pelajar itu dan mereka semua diuji negatif TB," kata beliau.

Namun, Dr Chong menasihatkan mereka supaya menjalani pemeriksaan susulan dengan jabatan kesihatan setiap tiga bulan untuk 12 bulan akan datang.

Punca penyakit pada pelajar itu belum dapat ditentukan, katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai Persidangan Kesatuan Sedunia mengenai Kesihatan Paru-paru di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Persidangan lima hari itu bermula 13 November dijangka dihadiri oleh lebih 3,000 perwakilan dari 120 negara.

Mereka akan membincangkan isu-isu dari jenis TB yang tahan ubatan kepada kawalan tembakau dan peningkatan kemungkinan penyakit paru-paru. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan