Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan Akan Laksanakan KBSM - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan yang telah diluluskan sebagai institusi pendidikan swasta pada 26 Julai lepas, akan menjalankan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) seperti yang termaktub dalam surat kelulusan dan permohonan asal.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa yang sama, sekolah itu ada melaksanakan kurikulum di luar kurikulum kebangsaan yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Katanya kewujudan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) diberi "status quo" mengikut peruntukan Seksyen 151, Akta Pendidikan 1995 selari dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran semasa membentangkan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 pada 18 Disember tahun itu.

"Sejak Akta Pendidikan 1996 berkuatkuasa, semua SMPC dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Kewujudan 60 buah SMPC adalah berdasarkan latar belakang sejarah di mana setelah Akta Pelajaran 1961 berkuatkuasa, sebahagian sekolah-sekolah menengah Cina memilih untuk menjalankan kurikulum kebangsaan lalu digelar sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau sekolah conforming manakala selebihnya berdikari menjadi SMPC," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai status sebenar Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan serta sama ada SMPC hanya kekal sejumlah 60 buah sepertimana yang ada sekarang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan