Pilihan Raya Kampus UM: Pengundian Dua Kerusi Semula Esok

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula pada Jumaat membabitkan dua kerusi kawasan fakulti yang memperoleh keputusan seri pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut, Selasa lalu.

Menurut notis yang dikeluarkan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP UM sesi 2012/2013, dua kerusi itu melibatkan Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat.

Proses pengundian akan diadakan di kedua-dua fakulti tersebut pada Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Adalah dimaklumkan Naib Canselor telah bersetuju agar pengundian semula dilakukan bagi dua kerusi fakuti terbabit. Sebarang aktiviti kempen adalah dilarang sama sekali," kata jawatankuasa itu.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif manakala Muhamad Alif Jamaluddin dan Neo Yew Boon akan bertanding bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat.

Jawatankuasa tersebut turut memberitahu, keputusan undian akan diumumkan oleh Naib Canselor, Ghauth Jasmon menerusi laman web UM pada pukul 5 petang, Jumaat.

Pada Selasa lalu, pilihan raya kampus berlangsung di 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk UM.

Berdasarkan pengiraan undi rasmi, daripada 43 kerusi yang dipertandingkan di UM, kumpulan Pro-Aspirasi menguasai 19 kerusi, Pro-Mahasiswa (20 kerusi), bebas (dua kerusi) dan dua kerusi lagi mencatatkan jumlah undi yang sama antara kedua-dua calon kumpulan itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan