Pilihan Raya Kampus: Pro-Aspirasi Beri Saingan Sengit Di UM, UIAM

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Pro-Aspirasi berjanji akan memberi saingan sengit pada pilihan raya kampus yang bakal dilakukan semula di dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jurucakap kumpulan Pro-Aspirasi (Aspirasi Mahasiswa), Mohd Hafiz Ariffin berkata mereka akan berjuang sebaik mungkin biarpun kedua-dua institusi tersebut merupakan kubu kuat Pro-Mahasiswa (Pro-M).

"Sukar untuk meramalkan keputusan di kedua-dua kawasan ini kerana persaingan yang sengit antara kedua-dua pihak.

"Seperti yang kita tahu UM merupakan kubu kuat Pro-M sejak dahulu, namun Aspirasi akan tetap memberikan yang terbaik," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Khamis.

Menurut Hafiz, semua pihak Pro-Aspirasi di setiap Universiti telah melakukan solat hajat sebagai usaha terakhir mereka sebelum pergundian kali kedua dilakukan.

"Selepas keputusan keluar, kami melihat ada kesulitan di dua universiti tersebut dan pada malam itu juga kami melakukan solat hajat di semua universiti agar semua urusan berjalan lancar.

"Kami juga memberi sokongan padu kepada calon-calon yang bakal bertanding semula itu agar tidak patah semangat," katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut mengakui kerosakan kepada sistem undian elektronik menyebabkan undian terpaksa dilakukan semula, sedikit-sebanyak menjejaskan persepsi mahasiswa mengenai proses pengundian.

"Setakat ini kita masih menunggu tarikh untuk undian semula di UIAM, kita harap ia berjalan lancar kerana kesulitan seperti itu boleh menganggu mahasiswa untuk membuat pilihan mereka," katanya.

Mengulas tentang kejayaan besar Pro-Aspirasi di 17 daripada 20 universiti awam, beliau berkata ia merupakan hasil kerja keras dalam memperjuangkan kepentingan mahasiswa.

"Kita bersyukur kerana diberi kepercayaan dan berharap dapat meneruskan usaha ini bersama-sama. Kami juga berharap mahasiswa-mahasiswa akan terus menyokong dan berdiri bersama kami," katanya.

Pada Selasa lalu, pilihan raya kampus berlangsung di 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk UM dan UIAM.

UM akan mengadakan pengundian semula pada Jumaat membabitkan dua kerusi kawasan fakulti yang memperoleh keputusan seri.

Berdasarkan pengiraan undi rasmi, daripada 43 kerusi yang dipertandingkan di UM, kumpulan Pro-Aspirasi menguasai 19 kerusi, Pro-Mahasiswa (20 kerusi), bebas (dua kerusi) dan dua kerusi lagi mencatatkan jumlah undi yang sama antara kedua-dua calon kumpulan itu.

Di UIAM, kiraan undi di kesemua 31 kerusi yang dipertandingkan tidak dapat dilakukan kerana kerosakan kepada sistem undian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini dan undian akan dijalankan semula dalam tempoh seminggu.

Terdahulu, lima universiti pada 20 September mengadakan pilihan raya kampus adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan