Mansor Patut Berundur Jika Tidak Boleh Berkata Benar - Tunku Aziz

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Osman harus berundur daripada kerajaan negeri sebagai penyelesaian kepada tindakannya menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai 'sombong dan angkuh'.

Katanya, sebagai pemimpin, Mansor harus bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkannya, bukan mengambil sikap berdolak-dalih yang jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebenar.

"Sikap berdolak-dalih bukan tanda seorang pemimpin yang baik. Pemimpin perlu mempunyai kekuatan untuk menyatakan kebenaran.

"Untuk kepentingan komuniti di Malaysia, dia (Mansor) patut meninggalkan kerajaan P.Pinang...tinggalkan secara sukarela," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sikap dan tindakan Mansor yang menafikan kebenaran menunjukkan beliau hanya mementingkan kedudukannya dalam kerajaan negeri.

Malah, beliau secara peribadi turut menyatakan rasa kesal dengan sikap pemimpin itu yang disifatkan tidak mempunyai pendirian.

"Dia patut kata 'memang saya kata begitu'...tapi kita tengok dia hanya ikut apa yang Guan Eng suruh buat dan dia buat," katanya.

"Maaflah...orang yang saya hormati (sebenarnya) lemah. Dia sepatutnya menjadi pemimpin Melayu yang boleh bangkit dan bercakap benar terhadap kenyataan yang dibuat," kata Tunku Aziz lagi.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz turut mengulas mengenai siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataan yang didakwa dibuat oleh Mansor itu.

Katanya, tindakan berkenaan tidak perlu kerana pendedahan audio rakaman yang disiarkan di TV3 jelas menunjukkan sikap dan siapa Mansor yang sebenarnya.

"Apa nak siasat lagi. Dokumen (rakaman) dah ada...TV3 pun dah tunjuk. Apa lagi (yang hendak disiasat)?," katanya.

Tunku Abdul Aziz diminta mengulas mengenai rakaman percakapan Mansor ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin muda dari PKR Pulau Pinang baru-baru ini.

Rakaman itu telah didedahkan menerusi Buletin Utama TV3 baru-baru ini.

Rakaman suara tersebut dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP dan Guan Eng yang didakwa semakin sombong dan bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor sebelum ini telah memanggil satu sidang akhbar khas menafikan pendedahan yang dibuat oleh beberapa bloger mengenai dakwaan tersebut.

Sidang akhbar itu dibuat dengan Guan Eng duduk disisinya menyaksikan beliau menafikan ada mengeluarkan perkataan "sombong dan angkuh".

Namun, Mansor pada sidang media sama mengaku menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan masyarakat Cina di Pulau Pinang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan