Kerajaan Disaran Tubuh J/Kuasa Selesai Isu Perumahan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan menubuhkan jawatankuasa perumahan negara, bagi menangani masalah ketidakmampuan rakyat memiliki rumah.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, jawatankuasa itu antara lain perlu merombak sistem pemohonan perumahan kos rendah dan sederhana, bagi memastikan pembelinya hanya mereka yang tidak memiliki rumah dan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, harga hartanah yang semakin melambung menyebabkan golongan kaya membeli rumah untuk dijadikan pelaburan.

"Golongan berpendapatan rendah pula terpaksa terus menyewa. Isu perumahan ini semakin kritikal, kalau tidak ditangani segera semakin ramai yang tidak akan mampu memiliki rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwitahunan Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia, di sini, Khamis.

Menurutnya, Cuepacs juga telah mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Perbendaharaan, Syarikat Perumahan Nasional Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil bank dua minggu lepas membincangkan isu itu.

"Mereka (Perbendaharaan) pun memandang serius perkara ini, tetapi Cuepacs menekankan bahawa kami tidak mahu perumahan yang jauh dari bandar kerana tiada maknanya," katanya.

Mengenai Belanjawan 2013 yang akan dibentang pada Jumaat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Omar berharap kerajaan akan bersetuju memberi bonus dua bulan kepada penjawat awam tahun ini.

"Kita tengok sekarang ini ekonomi pun kukuh dan kerajaan telah memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan pelbagai lagi bantuan kepada rakyat. Malah pemandu teksi pun dapat.

"Jadi kita yakin bahawa kerajaan juga mampu memberikannya (bonus dua bulan) kepada penjawat awam," kata beliau.

Pada Ogos lepas, Perdana Menteri telah mengumunkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan