Jabatan Depot Minta Waris, Kenalan R. Murugan Tampil Beri Keterangan

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Depot Imigresen pada Rabu meminta waris keluarga atau sesiapa yang mengenali R. Murugan, 65, seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang kini ditahan di depot tahanan imigresen supaya tampil memberi keterangan bagi mengenal pasti status warganegaranya.

Ketua Pengarah Jabatan Depot Imigresen, Zahari Abdul Aziz berkata, Murugan tidak mempunyai pengenalan diri dan tidak dapat disahkan sebagai warganegara sewaktu dia dibawa ke depot tahanan dua tahun lalu.

“Bagaimanapun, ada yang sudah mengesan dia (Murugan) yang menyatakan dia berkemungkinan adalah warga tempatan.

“Oleh itu, saya meminta mereka yang merupakan waris keluarga atau mengenalinya supaya tampil memberi keterangan bagi membantu mengenal pasti statusnya. Ini termasuk D. Shanty yang didakwa sebagai anak saudara perempuan Murugan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai Murugan yang dibawa ke depot tahanan di imigresen di Tanah Merah, Kelantan dua tahun lalu kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star pada Rabu.

Zahari berkata, sekiranya terdapat individu yang tampil memberi keterangan mengenai butiran berkaitan Murugan, penilaian dan siasatan akan dilakukan.

“Kita sudah periksa dia dan memang tiada pengesahan (sebagai warganegara). Oleh itu, kita perlu tahu asal usul atau identiti dia berdasarkan keterangan dan menilainya.

“Selepas itu, barulah kita akan buat sebarang keputusan mengenai tindakan selanjutnya seperti berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkenaan statusnya,” katanya.

Menurut Zahari, dua tahun lalu Murugan terlebih dahulu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng di Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke depot Tanah Merah, Kelantan dan kini ditempatkan ke depot tahanan Machap Umboo, Melaka.

“Kes Murugan merupakan kedua seumpamanya selepas kes P. Kalyani, seorang wanita yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang turut ditahan di Depot Tahanan Machap Umboo,” katanya, sambil menambah bahawa Kalyani kemudiannya dibebaskan selepas mendapat dokumen pengenalan diri pada Ogos lalu.

Beliau menambah, Murugan merupakan antara kira-kira 3,900 penghuni di 13 depot tahanan imigresen di negara ini.

Dilaporkan bahawa sebelum dibawa ke depot tahanan, Murugan terlebih dahulu dimasukkan ke Hospital Seremban apabila menjadi mangsa langgar lari dalam satu kemalangan.

Seorang pekerja sosial, T. Kamalanathan, berjaya mengesan Murugan yang dahulunya merupakan bekas penari tarian klasik, selepas diberitahu oleh beberapa warga asing.

Murugan dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kamalanathan berjaya mengenal pasti salah seorang anak saudara perempuan Murugan iaitu Shanty, 43, dan menemukan kedua-duanya di Depot Tahanan Machap Umboo pada Selasa.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan