Gamis Desak Jawatankuasa PRK UIAM Dedah Keputusan

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa SeMalaysia (Gamis) mendesak Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mendedahkan keputusan pengundian kepada umum biarpun sistem e-pengundian dikatakan bermasalah.

Naib Presidennya, Mohd Eikhwan M.Ali berkata langkah itu wajar dilakukan segera supaya mahasiswa boleh menilai kesilapan yang berlaku sekaligus dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap pihak pengurusan PRK UIAM.

"Kami mahukan jawatankuasa itu menunjukkan keputusan pengundian yang dihasilkan oleh sistem sekalipun ia silap dan tunjukkan setiap calon itu menang berapa undi," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Semalam UIAM terpaksa menangguhkan pilihan raya kampus ekoran masalah teknikal terhadap sistem e-pengundian dan mecadangkan kepada Senat supaya satu lagi pilihan raya kampus diadakan secara manual.

Bagaimanapun Mohd Eikhwan mempertikaikan kejadian itu kerana sistem berkenaan telah diguna pakai sejak 2004 dan difahamkan beberapa hari sebelum PRK UIAM dijalankan, simulasi dilaksanakan bagi mengukur tahap keupayaan e-pengundian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan