Toh Puan Siti Zainab Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Toh Puan Siti Zainab Baharuddin, balu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Allayarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, meninggal dunia, di sini pada Rabu.

Siti Zainab, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7.15 pagi selepas tiga bulan dirawat di hospital itu akibat angin ahmar.

Menurut anak sulungnya, Datin Dr Siti Khadijah Hamdan, jenazah Siti Zainab dibawa ke rumahnya di Lebuh Bukit Jambul dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Negeri di sini selepas solat Asar.

Tun Dr Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1989 hingga 2001 dan meninggal dunia pada tahun 2005.

Siti Zainab, seorang bekas guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita itu, meninggalkan tiga anak dan lima cucu.

Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P.Ramasamy; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Salleh Man; anggota exco kerajaan negeri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pengerusinya, Teng Chang Yeow. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan