Pilihan Raya Kampus: KPT Iktiraf Keputusan, Sedia Kerjasama Dengan Wakil Pelajar

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menghormati dan mengiktiraf Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik melalui pilihan raya kampus 2012/13.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan keputusan yang diumumkan pada Selasa, pihaknya menerima keputusan tersebut dan bersedia memberi kerjasama dengan calon yang menang memandangkan ia adalah pilihan yang dibuat oleh pelajar sendiri.

"Saya percaya dengan pilihan yang dibuat oleh pelajar. Saya menghormati dan mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh mereka.

"Kementerian menerima keputusan itu dan kita akan berkerjasama dengan semua yang telah diberi mandat untuk memimpin dan meneraju pelajar dan univeristi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam (ICIL 2012) dekat sini, Rabu.

Mohamed Khaled berkata secara keseluruhannya beliau melihat pilihan raya kampus yang melibatkan 20 universiti awam pada tahun ini berjalan lancar.

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak timbul persoalan mengenai kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) atau Pro-Mahasiswa (Pro-M) dalam pilihan raya kampus seperti yang dilaporkan media.

"Bagi (pihak) kementerian kita tidak ada Pro-Aspirasi...tidak ada Pro-M...itu surat khabar yang buat," katanya.

Mohamed Khaled berkata, pilihan raya kampus mempunyai matlamat agar wakil pelajar yang dipilih dapat melaksanakan tanggungjawab dengan memenuhi kehendak dan hasrat pelajar yang memilih mereka.

"Mereka yang diberi mandat perlu faham dan sedar apa yang dikehendaki pelajar selain menjadi jambatan dan penghubung pelajar dengan pihak universiti.

"Mereka perlu faham misi dan aspirasi univerisiti dan membantu menjayakan matlamat melahirkan graduan yang menepati keperluan dan kehendak negara," katanya.

Katanya, tempoh perkhidmatan selama setahun yang diberikan kepada MPP perlu digunakan untuk merancang dengan memberi keutamaan mengikut kesesuaian universiti.

"Selain memenuhi apa sahaja yang dibangkitkan dalam manifesto masing-masing, mereka perlu membantu mengatasi cabaran, kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh universiti," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Khalid turut mengulas mengenai masalah teknikal di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menyebabkan keputusan pengundian tidak dapat diumumkan pada Selasa dan proses pengundian perlu dijalankan semula.

"Saya difahamkan ia masalah teknikal yang melibatkan suis berkaitan maklumat undi...saya masih belum dapat (laporan) secara rasmi.

"Saya percaya UIA dapat maklumkan sebab dan punca ia terjadi kepada umum, apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata KPT akan merujuk dengan Wisma Putra berkaitan pelajar Malaysia di India yang tercedera dihempap wanita yang cuba membunuh diri.

"Kita tidak ada wakil di sana dan akan rujuk dengan Wisma Putra. Kita akan lihat kecederaan dan apa yang boleh kita bantu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan