Label Guan Eng 'Angkuh, Sombong': Lembaga Disiplin PKR Mulakan Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim Guan Eng sebagai ketua yang sombong dan angkuh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.

"Inkuiri dalaman telah berjalan, jika kita dapati wujud unsur-unsur sabotaj parti, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman percakapan Mansor didedahkan menerusi Buletin Utama TV3 yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.

Namun, beliau mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang unsur-unsur sabotaj terhadap parti.

"Kita menghormati kebebasan bersuara setiap ahli, tetapi jangan ia menjadi unsur sabotaj terhadap parti dan pimpinan.

"Kita tidak membuat sebarang pertuduhan kepada mana-mana individu, kerana Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri telah mengadakan perbincangan dan kenyataan media mereka. Saya anggap isu mereka telah selesai kerana ia telah dibuat secara baik dan muafakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan