Keputusan Terkini P/Raya Kampus: Pro-Aspirasi Menang Besar Di 17 Universiti

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.

Keputusan itu berdasarkan pengiraan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013.

Universiti-universiti yang dimenangi oleh Pro-Aspirasi ialah;

> Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi - 50; Pro-Aspirasi menang - 50.

> Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi - 31; Pro-Aspirasi menang - 31.

> Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi - 27; Pro-Aspirasi menang - 25; Pro-M - 2.

> Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.

> Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi - 28; Pro Aspirasi menang - 28.

> Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M menang 8.

> Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi - 36; Pro-Aspirasi menang - 34; Pro-M menang - 1; Bebas - 1.

> Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi - 13; Pro-Aspirasi menang - 13.

> Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi - 45; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M - 3; Bebas - 1.

> Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.

> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi - 29; Pro-Aspirasi menang - 24; Pro-M - 4; Bebas - 1.

> Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 22; Pro-M - 2.

> Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi - 20; Pro-Aspirasi menang - 18; Bebas - 2.

> Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang - 36; Pro-M - 2.

> Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 10; Pro-M - 1; Bebas - 3.

> Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi - 54; Pro Aspirasi menang - 48; Pro-M - 6.

> Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 14.

Sementara itu, satu-satunya universiti yang dimenangi secara jelas oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila mereka memenangi 19 daripada 28 buah kerusi yang dipertandingkan.

Di UKM, Pro-Aspirasi hanya memperolehi sembilan kerusi.

Di Universiti Malaya pula yang menawarkan 43 kerusi, Pro-Aspirasi menang 21 buah kerusi manakala Pro-M pula memenangi 20 kerusi.

Dua buah kerusi lagi diumumkan sebagai seri dan perlu melalui proses pengundian semula esok (Khamis).

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan 31 kerusi, pengundian terpaksa diadakan semula pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak kerana terdapat masalah teknikal kepada sistem pengundian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini.

Menurut Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Datuk Dr Mizan Hitam berkata, keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan secara rasmi berikutan terdapat masalah teknikal semasa proses pengundian elektronik.

"Catatan terakhir menunjukkan sebahagian undi tidak dapat direkodkan kerana proses penyulitan tidak lengkap," Katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengundian semula dijangka akan dilakukan dalam tempoh seminggu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan