Intelektual Islam Main Peranan Besar Kikis Persepsi Negatif Barat - Khaled Nordin

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan intelektual Islam memainkan peranan besar dalam membantu mengikis persepsi negatif Barat terhadap Islam dan dalam usaha mengecilkan jurang perbezaan yang wujud antara Islam dan Barat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, para ilmuan dan kepimpinan Islam tidak harus lari daripada peranan ini kerana Islam pada masa kini berdepan pelbagai isu dan cabaran serta dikaitkan dengan label tertentu yang negatif.

"Golongan intelektual kena mainkan peranan dengan memperbaiki persepsi atau tanggapan Barat terhadap Islam, begitu juga umat Islam terhadap Barat. Mereka tidak boleh lari atau elak daripada memberi sumbangan dari segi ini.

"Kalau mereka tidak bersama membantu Islam dalam menghadapi cabaran ini, siapa lagi yang akan membantu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam 2012 (ICIL 2012) dekat sini, Rabu.

Persidangan yang bermula dari 26 hingga 27 September ini dianjurkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan menghimpunkan beberapa tokoh antarabangsa dan tempatan dengan tema "Intelektual Dan Kepimpinan Sarjana Islam Dalam Penyelidikan, Inovasi Dan Kreativiti Di Rantau Asean'.

Menurut Mohamed Khaled, memperbaiki persepsi seperti ini adalah penting kerana selama ini hubungan kedua-dua pihak banyak dipengaruhi tanggapan tidak tepat.

Katanya, umat Islam sering dikaitkan dengan kemundurun, menolak pembangunan dan pengganas oleh Barat, manakala Islam juga mempunyai tanggapannya sendiri terhadap Barat.

"Menguruskan persepsi di kalangan umat Islam terhadap Barat juga amat penting dan menjadi cabaran besar.

"Jika Barat diminta untuk menilai Islam dan umat Islam dengan lebih adil, persepsi umat Islam terhadap Barat juga perlu diperbetulkan agar hubungan kedua-duanya lebih harmoni," katanya.

Mohamed Khaled berkata, golongan intelektual Islam khususnya di rantau Asia Tenggara harus sedar isu dan peranan yang yang harus dimainkan mereka memandangkan rantau ini mempunyai penduduk Islam yang ramai dan sedang mengalami pertumbuhan ekonomi.

Justeru katanya, golongan ini boleh memainkan peranan dari segi mempromosikan pembangunan ekonomi dan peluang-peluang dalam globalisasi.

"Dalam keadaan sekarang kawasan ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menjadi tumpuan.

"Perlu kita tentukan, di kawasan ini kita dapat mainkan peranan untuk menguatkan kedudukan umat Islam secara tak langsung memantapkan kedudukan agama.

"Peranan ini, sama ada dari segi inovasi, penyelidikan, pembangunan atau dari segi berhadapan dengan pihak lain atau pertentangan yang wujud antara Islam dan Barat," katanya.

Tokoh tempatan yang akan membentangkan kertas kerja dan isu berkaitan dalam persidangan kali ini termasuklah Pengerusi Majlis Profesor negara Profesor Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, Presiden Mindanao State University Profesor Dr Macapado A.Muslim dan Profesor Hussin Mutalib dari National University of Singapore.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan