AirAsia Sedia Ke India Jika Urusan Berjalan Lancar - Tony Fernandes

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, tidak teragak-agak untuk beroperasi di India jika persekitaran penerbangan dan struktur cukainya mesra dan kondusif bagi operasi syarikat penerbangan tambang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata, walaupun kerajaan India membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49 peratus dalam sektor penerbangan negara itu, kos mengurus operasi penerbangan di sana masih tinggi berbanding kebanyakan negara maju.

"Inilah kehebatan AirAsia. Semua mahukan kami, namun infrastruktur dan persekitaran yang sesuai mesti disediakan untuk kami pergi ke sana (India).

"Cukai lapangan terbang masih terlalu tinggi, malah saya dengar mereka mahu menaikkan cukai, yang memaksa syarikat penerbangan menghentikan operasi ke destinasi tertentu.

"Jika semuanya berjalan lancar, rugilah kami jika tidak memasuki pasaran India, yang mempunyai lebih daripada satu bilion penduduk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Badminton AirAsia di sini Rabu.

Fernandes berkata, beliau akan melawat India lewat bulan ini, namun bukan untuk perbincangan usaha sama seperti dilaporkan, tetapi untuk menerima anugerah antarabangsa India atas pencapaian cemerlang beliau dalam industri penerbangan dunia.

Beliau berkata, bidang utama yang sentiasa diberikan perhatian oleh AirAsia sebelum meneroka pasaran baharu ialah menurunkan kos.

"Atas alasan itulah syarikat sekutu AirAsia bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X, menarik diri dari terbang ke New Delhi dan Mumbai," katanya.

Unit AirAsia di India dan China dikatakan sebagai matlamat utama Fernandes, tokoh disebalik kejayaan mendadak syarikat penerbangan sejak ditubuhkan pada lewat 2001.

Sejurus selepas kerajaan India mengumumkan mengenai kelulusan FDI dalam sektor penerbangan dan peruncitan pelbagai jenama pada 14 Sept, Fernandes yang kini beroperasi di Jakarta bagi memantau peluasan AirAsia ke Asean, dalam tweetnya berkata: "Berita hebat kerana India telah membuka pelaburan untuk syarikat penerbangan asing."

"Dengan pembukaan India, ia berita baik untuk syarikat penerbangan seperti AirAsia. Hebat, kerajaan India mengutamakan rakyat."

Sektor penerbangan India semakin merosot dengan hutang yang semakin meningkat, mogok juruterbang, penutupan operasi luar negara dan belum ada tanda-tanda pelan pemulihan kukuh untuk sektor itu setakat ini.

Daripada enam operator penerbangan utama, lima menghadapi masalah kecuali Indigo, syarikat penerbangan tambang rendah.

AirAsia kini mengurus operasi penerbangan harian ke Bangalore, Tiruchirappalli, Kolkata, Kochi dan Chennai, dari Terminal Tambang Rendah di Sepang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan