Usahawan Wanita Dakwa Diarah Kosong Premis

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh.

Sherifah Salim berkata beliau menerima notis itu tiga bulan lepas dan rayuannya agar terus dibenar berniaga di situ tidak mendapat sebarang jawapan.

"Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Ruslan Kassim, di lobi Parlimen, di sini, Selasa.

Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.

"Sekarang pengurusan enggan menyambung sewa saya, malah alasan yang diberikan ialah mengenai prestasi jualan sedangkan perniagaan saya tidak merudum," katanya.

Beliau meminta agar pihak pengurusan pusat beli-belah itu menimbang semula notis tersebut memandangkan pada masa ini hanya terdapat kira-kira lima peratus peniaga Melayu di kompleks berkenaan.

Sementara itu, Ruslan berkata pihak pengurusan Suria KLCC harus memberi penjelasan yang wajar dalam kes tersebut. Ini kerana katanya, setiap usahawan berhak menjalankan perniagaannya di pusat beli-belah berprestij itu selagi mereka tidak melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan