Turun Padang Bantu Tingkat Prestasi Penjawat Awam - KSN

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata gesaannya supaya ketua-ketua setiausaha dan jabatan turun padang perlu dilihat dalam konteks meningkatkan prestasi penjawat awam dan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam sendiri.

Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata inisiatif itu juga bermaksud menguatkan jalinan silaturahim antara pemimpin dalam perkhidmatan awam dan petugas di peringkat akar umbi.

"(Adalah penting untuk) ambil tahu kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh mereka dan ambil berat mengenai kebajikan mereka. Ini satu konsep yang penting," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) di Jalan Tun Razak di sini, Selasa.

Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan pegawai tinggi Bernama termasuk Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Ali, yang dilantik sebagai KSN pada 24 Jun, menarik perhatian bahawa Malaysia kini mempunyai 1.42 juta penjawat awam dan jika dicampur dengan anggota keluarga terdekat, angka itu mencecah tujuh hingga lapan juta iaitu satu pertiga daripada penduduk Malaysia.

Beliau menjelaskan sebab itulah konsep 'merakyatkan perkhidmatan awam' perlu dihayati penjawat awam kerana dalam menyampaikan perkhidmatan awam, ia bererti memberi perkhidmatan kepada diri sendiri, anggota keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Konsep merakyatkan ini akan meningkatkan semangat untuk berkhidmat untuk rakyat kerana kita juga adalah sebahagian daripada rakyat," katanya.

Menyentuh aspek keterbukaan yang perlu ada dalam kalangan penjawat awam di semua peringkat, beliau berkata langkah itu membolehkan mereka mengetahui dan mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.

Mengenai penekanan terhadap konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan, Ali berkata ia telah membuahkan hasil seperti yang dilihat melalui jalinan kerjasama antara pasukan polis dan tentera, yang jarang dilihat sebelum ini.

Menurutnya, program terbaharu di bawah strategi itu ialah 1Malaysia Youths For You (1M4U) bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan kira-kira 10 juta belia di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan