TPM Umum Peruntukan Bina Dewan Dan Perbaiki Sekolah Di Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan sebuah dewan baharu di Kampung Panji, Wakaf Mempelam untuk memudahkan penduduk mengadakan aktiviti keramaian.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM430,000 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Losong, di sini untuk memperbaiki dewan sekolah, surau, gelanggang dan menyumbang sebuah van sekolah.

Pengumuman itu dibuat pada program Sepetang Bersama TPM di sekolah berkenaan, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, sebagai sebahagian daripada lawatan seharinya ke Terengganu.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata penduduk kampung telah mengenal pasti tapak bagi pembinaan dewan itu yang dijangka dapat menampung 1,000 orang.

Katanya dewan baharu itu akan menggantikan dua dewan kayu sedia ada iaitu di Kampung Durian Burung dan Kampung Losong Panglima Perang, yang dibina lewat 70-an dan awal 80-an.

Penduduk kampung Hassan Ali, 71, berkata penduduk kawasan itu dahagakan pembangunan kerana tidak banyak kemajuan berlaku di Wakaf Mempelam sejak 30 tahun di bawah pemerintahan PAS.

Pada Pilihan raya Umum 2008, calon PAS, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Othman Awang dengan majoriti 2,194 undi. Kawasan itu mempunyai jumlah pengundi 20,573. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan