SOP Rawatan Moden, Tradisional Dan Komplementari Dikaji Semula

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk membenarkan pesakit mendapatkan perkhidmatan perubatan moden seiring dengan perubatan tradisional dan komplementari di hospital kerajaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata buat masa ini, prosedur operasi standard tidak membenarkan pesakit untuk menerima kedua-dua rawatan pada masa yang sama.

Beliau berkata ini adalah kerana sebelum ini, Kementerian Kesihatan tidak dapat memastikan kualiti dan perkhidmatan yang teratur daripada pengamal-pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

"Walau bagaimanapun, kementerian sedia mempertimbangkan langkah itu supaya ia dilaksanakan apabila Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 diluluskan.

"Dengan adanya rang undang-undang ini, kami yakin perubahan SOP ini dapat dilaksanakan kerana kualiti pengamal perubatan tradisional dan komplementari akan lebih terjaga, selain menjamin keselamatan pesakit," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, Selasa.

Semalam, Liow membentangkan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Beliau berkata enam bidang utama yang diberi perhatian menerusi rang undang-undang itu ialah urut Melayu, tradisional Cina, India, terapi komplementari,homeopati dan perubatan Islam.

Liow berkata pihaknya sedia mempertimbangkan untuk menambah dari semasa ke semasa bidang perubatan lain seperti yang diamalkan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

"Semua bidang itu akan dikawal selia oleh sebuah majlis perubatan yang akan ditubuhkan dan dianggotai enam badan pengamal perubatan yang diiktiraf bagi menangani masalah termasuk pendaftaran, disiplin dan pertikaian antara pesakit serta pengamal perubatan itu.

"Ketua Pengarah Kesihatan dilantik mempengerusikan majlis perubatan itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang salah guna atau pilih kasih ketika ia dikendalikan wakil badan pengamal," katanya.

Liow juga menjelaskan bahawa perubatan tradisional dan komplementari didefinisi sebagai rawatan sampingan atau pencegahan untuk kesejahteraan rakyat dan bukannya satu rawatan alternatif.

"Perubatan moden akan diberi keutamaan, manakala perubatan tradisional dan komplementari pula untuk menjaga kesihatan rakyat berada pada tahap lebih baik," katanya.

Beliau berkata sebarang tapisan amalan perubatan Islam termasuk yang dianggap berunsur syirik akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri.

"Sepertimana amalan bedah batin, ia tidak termasuk di bawah amalan perubatan Islam," katanya.

Mengenai pengeluaran surat cuti sakit, Liow berkata ia termaktub dalam Akta Perubatan 1971 dan tiada kaitan dengan rang undang-undang yang dibahaskan itu.

Peruntukan baru itu juga membolehkan syarikat insurans memberi sokongan untuk tuntutan insurans membabitkan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan