Rakyat Malaysia Sedia Bantu Golongan Menderita Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas merasmikan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Rakhin, Myanmar di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selasa. Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman (kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas merasmikan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Rakhin, Myanmar di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selasa. Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman (kiri). -fotoBERNAMA

KLANG: Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Myanmar adalah gambaran kesediaan rakyat Malaysia membantu golongan yang menderita akibat konflik di Rakhine, Myanmar tanpa mengira bangsa dan agama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini bukan pertama kali tetapi sudah sekian lama kita menganjurkan program sebegini dengan sokongan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta yang mengumpul dana membiayai pembelian bahan-bahan makanan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan kapal Sinar Bima dari Pelabuhan Utara di sini yang membawa 500 tan metrik bantuan dalam bentuk makanan, ke wilayah Myanmar itu.

Muhyiddin berkata bantuan itu diharap dapat mengurangkan beban mereka yang menderita di Rakhine tanpa mengira bangsa atau agama yang mereka anuti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Myanmar yang telah memberi jaminan untuk membantu bagi memastikan bantuan yang dihantar akan sampai kepada kumpulan sasaran.

Muhyiddin berkata para sukarelawan yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diminta supaya menjaga keselamatan diri kerana kawasan itu belum lagi stabil dan jangan terlibat dengan masalah dalaman di sana.

Sebelum itu, di dalam ucapannya Muhyiddin berkata misi bantuan kemanusiaan ini merupakan langkah sementara bagi mengurangkan penderitaan masyarakat di Rakhine dan masalah penindasan etnik di sana perlu diselesaikan oleh kerajaan Myanmar.

"Kita percaya kerajaan Myanmar juga prihatin sepertimana kita, untuk menyelesaikan isu itu. Perlu ada usaha sepadu untuk mencari jalan dan kaedah bagaimana masalah itu dapat diselesaikan supaya rakyat sama ada di Myanmar ataupun di tempat lain boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata kapal Sinar Bima akan mengambil masa lima hari untuk tiba di Pelabuhan Yangon dan barangan itu akan dihantar ke Rakhine melalui jalan darat yang mengambil masa tiga hari.

Beliau berkata seramai 50 orang terdiri daripada sukarelawan, pegawai perubatan dan pengamal media terlibat dalam misi yang bermula pada hari ini dan dijangka berakhir pada 10 Oktober ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Myanmar ke Malaysia, U Tin Latt. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan