Pembebasan Warga Malaysia Bunuh Pakar Bedah Sydney Ditangguh

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang lelaki warga Malaysia yang menembak mati seorang pakar bedah jantung terkemuka Sydney pada 1991, perlu kekal ditahan di penjara sementara menunggu hasil semakan terhadap keputusan membenarkannya dibebaskan dengan parol.

Liew Chiew Seng, 69, yang membunuh Dr Victor Chang dalam insiden cubaan memeras ugut, pada minggu lepas dibenarkan dibebaskan dengan parol oleh Pihak Berkuasa Parol Negeri.

Dia dijadual dibebaskan dari penjara selepas 3 Oktober dan akan dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Peguam Negara New South Wales (NSW) Greg Smith memohon semakan terhadap keputusan itu, yang telah didengar secara ringkas di hadapan Hakim Peter McClellan di Sydney pada Selasa, menurut laporan Australian Associated Press.

Mahkamah diberitahu Liew akan kekal ditahan di penjara sehingga hakim membuat keputusan mengenai perkara itu, ditetapkan pada 9 Oktober.

Paul Menzies, yang mewakili Peguam Negara itu, berkata permohonan kepada Mahkamah Agung NSW dibuat berdasarkan fakta bahawa maklumat yang dikemukakan kepada lembaga parol berkaitan kesihatan Liew adalah palsu.

Sesi pendengaran parol itu diberitahu Liew menghidap penyakit Parkinson dan di peringkat awal mengalami penyakit demensia.

"Isunya ialah apakah prognosis dan juga tahap ketidakupayaannya pada ketika ini," kata Menzies.

"Pihak Berkuasa Parol Negeri bergantung pada laporan yang menyatakan...dia mengalami kecacatan kognitif. Kami memohon untuk membentangkan isu ini."

Menzies juga berkata lembaga parol telah gagal memberikan alasan bagi keputusannya itu dan tidak mengambil kira fakta bahawa Liew akan dihantar pulang sebaik dibebaskan.

Liew dihukum penjara maksimum 26 tahun kerana melepaskan dua das tembakan, satu daripada tembakan itu menyebabkan kematian Dr Chang, 54, semasa cubaan memeras ugut, pada 4 Julai, 1991, di Mosman di utara Sydney.

Dia telah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun dan layak diberikan parol pada tahun lepas.

Liew dijadual dihantar pulang ke Malaysia sebaik dibebaskan tetapi kerajaan NSW menyatakan kebimbangan mengenai pengawasan ke atasnya di sana.

Sehingga McClellan membuat keputusannya, Liew perlu kekal ditahan di penjara selama 28 hari lagi untuk membolehkan rayuan dikemukakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan