MB Perak Sedia Bersumpah Dalam Masjid Bersama Anwar

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencabar Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaan kononnya beliau pernah merayu kepada ketua pembangkang itu untuk menjadi Menteri Besar (MB) Perak selepas pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, tuduhan Nga itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Ia adalah satu penghinaan kepada saya," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Selasa.

Isu itu timbul apabila Nga sebelum itu yang mencelah perbahasan usul berhubung isu lompat parti memberitahu persidangan dewan bahawa beliau mendengar cerita bahawa Zambry pernah merayu kepada Anwar untuk mendapatkan jawatan MB Perak.

"Tadi Adun Pengkalan Hulu (Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali) berkata ketua pembangkang pergi jumpa (Adun) Pangkor (Zambry) nak tawarkan jawatan MB. Ini adalah 'story' (cerita).

"Tapi sebelah saya dengar (Adun) Pangkor merayu kepada ketua pembangkang untuk jadi MB, tapi (Anwar) tak mau bagi. Itu yang saya dengar," dakwa Nga.

Zambry berkata, beliau telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan meninggalkan perjuangannya walau dengan apa cara sekalipun.

Adun pembangkang, Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang sedang membahaskan usul berkenaan ketika itu berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu.

"Apa yang dikatakan tadi saya tidak tahu tapi saya tahu (Adun) Pangkor memang rapat dengan ketua umum (Anwar) saya. Ada offer (tawaran) ke, tak ada offer, saya tidak tahu," katanya.

Terdahulu, perbahasan berhubung usul itu menjadi hangat apabila Adun Barisan Nasional (BN) dan pembangkang saling tuduh-menuduh mengenai budaya lompat parti.

V. Sivakumar (DAP-Tronoh) yang membentangkan usul itu berkata lompat parti di kalangan Adun adalah suatu perkara yang serius.

"Rakyat mengundi kepada sesuatu parti yang ipilihnya untuk kawasan DUN dan Parlimen. Oleh yang demikian, wakil rakyat yang menang tidak boleh dibenarkan untuk melompat parti sesuka hatinya," katanya.

Ketika membahaskan usul itu, Tajol Rosli berkata budaya lompat parti di Perak dimulakan oleh pembangkang.

Usul itu kemudiannya ditolak oleh Dewan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan