Malaysia Dijangka Ambil Semula Pekerja Bangladesh

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh dijangka menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) tidak lama lagi untuk membatal pembekuan dan membolehkan rakyat Bangladesh diambil semula sebagai pekerja imigran di bawah mekanimse antara kerajaan dengan kerajaan, dijangka mulai Disember ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini berkata jawatankuasa bersama Malaysia-Bangladesh telah ditubuhkan, yang turut disertai wakil dari Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

"Kita kini sedang memperhalusi MoU itu dan berharap dapat menandatanganinya secepat mungkin. Sasaran kita ialah pengambilan pekerja Bangladesh menjelang Disember tahun ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Subramaniam mengetuai perwakilan ke Dhaka baru-baru ini selepas Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin bersetuju untuk kunjungan itu berikutan rayuan Bangladesh kepada Malaysia untuk mempertimbang semula pekerja imigran negara berkenaan.

Malaysia mengenakan pembekuan yang tidak jelas terhadap pengambilan pekerja Bangladesh pada 2007 berikutan pelbagai kes dan aduan berhubung eksploitasi majikan dan ajen pengambilan pekerja di negara ini.

Kira-kira 400,000 rakyat Bangladesh diambil bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, peladangan dan industri perkhidmatan di Malaysia.

Sejumlah 267,000 pekerja Bangladesh telah mendaftar untuk disahkan di bawah program pengampunan 6P. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan