KDN Nafi Polis Manipulasi Kadar Indeks Jenayah

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak tuduhan pihak tertentu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanipulasi kadar indeks jenayah dengan mengklasifikasikan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Beliau berkata ini kerana statistik dengan jelas menunjukkan jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks adalah lebih besar berbanding jenayah bukan indeks.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) di Parlimen pada Selasa, yang hendak tahu adakah benar PDRM memanipulasi indeks jenayah dan juga jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks dan jenayah bukan indeks dari tahun 2007 hingga 2011.

Hishammuddin berkata dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 108,886 kes jenayah dilaporkan iaitu 101,313 merupakan jenayah indeks dan 7,573 jenayah bukan indeks.

"Pada tahun lepas jumlah besar kes jenayah ialah 229,997; 2010 (252,844), 2009 (271,831); 2008 (271,004) dan 2007 sebanyak 252,324," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan