Isu PFN: PAC Teliti Proses Salur Dana Kerajaan RM250 Juta - Berita Semasa | mStar

Isu PFN: PAC Teliti Proses Salur Dana Kerajaan RM250 Juta

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang meneliti proses penyaluran pinjaman berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) bagi tujuan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Pengerusi PSC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, Jabatan Audit Negara diminta membuat penilaian sama ada proses penyaluran wang pinjaman kepada syarikat milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu dilakukan mengikut prosedur atau sebaliknya.

"Audit khas ini dibuat dua bulan lalu, kita (PAC) arahkan jabatan audit untuk melakukan audit berhubung isu ini sama ada ia dibuat mengikut prosedur serta berdasarkan perjanjian yang ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

PAC mengadakan pertemuan dengan wakil Jabatan Audit Negara pada pagi Selasa bagi mendapatkan laporan berhubung audit berkenaan.

Bagaimanapun Azmi tidak mendedahkan kandungan laporan awal berkenaan.

"Hari ini kita diberikan laporan tersebut, tapi masih ada beberapa isu dan persoalan yang berbangkit berhubung isu tersebut.

"Jadi mereka akan kembali kepada PAC bagi menyelesaikan beberapa persoalan tersebut minggu depan," katanya.

Ditanya sama ada laporan audit khas itu bakal bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum ini, Azmi berkata: "Ini adalah audit khas khusus untuk isu penyaluran wang pinjaman tersebut...LKAN itu berbeza.

"Kita tidak berminat untuk mengetahui cara NFCorp belanjakan wang berkenaan, sebaliknya bagaimana proses wang kerajaan itu disalurkan kepada mereka."

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan