Dewan Rakyat Kutuk Filem Anti-Islam

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa sebulat suara mengutuk penyiaran filem anti-Islam Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang ketika membahaskan usul tergempar tersebut mengecam sekeras-kerasnya penghasilan filem yang disifatkan mempunyai agenda untuk mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan usul tergempar tersebut menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan berlakunya penghinaan terhadap mana-mana agama.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya video anti-islam yang menjadi punca protes anti-Amerika di beberapa buah negara Islam seluruh dunia.

"​Video anti-Islam yang dihasilkan atas dasar kebebasan mutlak bersuara di negara-negara Barat termasuklah di Amerika Syarikat telah mencetuskan penentangan dan kemarahan masyarakat islam diseluruh dunia. Justeru Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya.

Selain itu Mohamed Nazri berkata bersandarkan kebebasan tanpa batasan yang diamalkan Barat, penghasilan video anti-Islam berkenaan akhirnya memburukkan lagi polemik antara Barat dengan negara-negara Islam.

Tambah beliau Artikel 10 Perlembagaan Malaysia turut memperuntukkan hak kebebasan bersuara namun menegaskan hak berkenaan bukan sesuatu yang mutlak.

"Ia bukanlah satu hak yang mutlak dan kebebasan menghina atau menfitnah tidak harus dibenarkan sehingga boleh menjejaskan kehidupan serta keharmonian masyarakat antarabangsa.

"​Malaysia juga berpendirian bahawa pandangan serta tindakan ekstrim atau melampau dan keganasan yang dilakukan oleh beberapa pihak tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Dewan Rakyat membahaskan usul mengutuk penyiaran filem pendek berkenaan selama satu jam selepas menerima usul tergempar Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

Filem arahan Sam Bacille dari California yang disiarkan dalam laman YouTube itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang homoseksual, menyokong seks luar nikah dan pedofilia.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan