Dewan Rakyat Bahas Kontroversi Filem Anti-Islam

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar berkaitan isu kontroversi filem anti-Islam yang menghina Nabi Muhammad, 'Innocence of Muslim' pada pukul 4.30 petang Selasa.

Ketika membenarkan usul berkenaan dibahaskan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul yang dikemukakan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menepati tiga syarat utama.

Katanya usul itu menepati tiga syarat utama Peraturan Mesyuarat 18(1) iaitu membabitkan isu tertentu, melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Saya membenarkan pencadang membahaskan selama 30 minit dan kerajaan menjawab 30 minit," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Filem pendek arahan Sam Bacille dari California yang disiarkan dalam YouTube mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang homoseksual, menyokong seks luar nikah dan pedofilia.

Jumaat lalu, dua demonstrasi besar-besaran diadakan di ibu negara anjuran Pemuda Umno dan Pemuda PAS bagi mengutuk tindakan kerajaan Amerika Syarikat mempertahankan filem tersebut dan menyerahkan memorandum supaya penerbitnya dikenakan hukuman tegas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan