Akta Kawalan Makanan Kawal Kualiti Makanan Ternakan

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Pengawalseliaan terhadap bahan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan akan dilaksanakan dengan lebih ketat apabila Akta Makanan Haiwan 2009 dikuatkuasakan sepenuhnya Mac tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata akta itu yang diwartakan pada September 2009 dan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2010, sedia digunakan sepenuhnya setelah lima peraturan berhubung makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan, diwartakan bulan ini.

Lima peraturan tersebut adalah berhubung lesen untuk mengimport, pendaftaran pembuat, penjual dan 'homemixer', pelabelan, penggunaan ubat-ubat terlarang dan kaedah analisis serta bentuk perakuan.

"Selama ini kita tidak ada undang-undang seperti ini. Dengan adanya akta ini pihak penguatkuasaan akan mempunyai kuasa untuk buat spot-check ke kedai-kedai yang membuat atau menjual makanan ternakan, termasuk 'pet-shop'.

"Dengan pelancaran akta itu hari ini akan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan industri makanan haiwan negara," katanya pada sidang media sempena pelancaran akta itu, di sini Selasa.

Menurut Noh tempoh peralihan selama enam bulan diberi kepada syarikat berkaitan untuk bersiap sedia serta mula memohon lesen dan sijil pendaftaran yang diperlukan di bawah akta berkenaan.

Beliau berkata dianggarkan terdapat 200 pengimport, 100 pengilang,1,200 'homemixer' dan 2,000 penjual di seluruh negara yang terlibat dalam sektor makanan dan bahan tambahan makanan haiwan dengan jumlah import keseluruhan bernilai hampir RM5 bilion pada 2010.

Katanya pelaksanaan Akta Makanan Haiwan 2009 penting kerana masih terdapat beberapa insiden apabila hasilan (produk) haiwan seperti ayam dan babi di pasaran dikesan tercemar dengan ubat-ubatan terlarang seperti Beta agonist, Nitrofuran dan Chloramphenicol.

"Sekarang ada kes ikan diberi hormon. Kesan (residu) ubat-ubatan dalam hasilan haiwan kalau sering dimakan boleh menjejaskan kesihatan manusia dan boleh menyebabkan antaranya penyakit jantung, barah dan rintangan terhadap rawatan antibiotik," katanya.

Selain itu, katanya pengawalseliaan juga penting bagi memastikan kandungan nutrien dalam makanan haiwan dipatuhi supaya makanan atau bahan makanan haiwan tidak berbahaya atau bercampur dengan ubat-ubat terlarang bagi memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan terjaga.

Di bawah akta itu, penalti tertinggi, iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun boleh dikenakan bagi kesalahan mengimport tanpa lesen dan memiliki makanan dan bahan tambahan makanan haiwan yang bercampur ubat terlarang, bagi kesalahan pertama.

Selain itu, penalti sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun akan dikenakan bagi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sama untuk kali kedua dan berikutnya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan