Rizab Antarabangsa BNM Ke-19 Terbesar Di Dunia - Donald Lim

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada Isnin mendedahkan bahawa rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah RM431.1bilion (AS$134.9 bilion) pada 30 Ogos, yang pada masa ini merupakan ke-19 terbesar di dunia.

Beliau berkata, dalam mengendalikan rizab antarabangsa itu, BNM mengambil beberapa langkah yang perlu untuk mengawal ketat dengan memperkenalkan jawatankuasa pelaburan berasaskan proses di mana kebertanggungjawaban dikongsi di peringkat atasan diperluaskan.

Sementara itu, Donald berkata, BNM pernah mengalami kerugian berjumlah RM5.7 bilion menerusi dagangan mata wang asing (Forex) pada awal tahun 90an seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan BNM pada 1993.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerugian itu dapat ditangani dalam tempoh 10 tahun sehingga 2012.

Sejak insiden itu dan seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan pada 1994, BNM tidak lagi menjalankan aktiviti seperti itu yang boleh mengakibatkan risiko yang sama berulang lagi, kata beliau kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) semasa sesi soal jawab pada Isnin.

Lim meminta Kementerian Kewangan untuk menyatakan kerugian sebenar yang dialami oleh BNM dalam pasaran tukaran mata wang asing dari 1990 hingga 2012 dan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kerugian itu.

Ketika ditanya siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kerugian itu, Donald memberitahu bahawa soalan itu perlu diajukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), yang ketika itu merupakan Menteri Kewangan.

Pada masa itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan Menteri Kewangan dan beliau perlu menjawab soalan tersebut. Kita perlu melihat perkara ini secara serius, katanya kepada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Beliau berkata, Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata, sebagai Menteri Kewangan, saya telah mengesahkan mengenainya (kerugian) dan telah mengarahkan semua aktiviti pertukaran mata wang asing dihentikan serta-merta.

Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen, Anwar berkata, beliau tidak seharusnya dipersalahkan di atas kerugian besar yang dialami oleh BNM da;a, pasaran forex sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Beliau menyatakan bahawa tukaran mata wang asing itu telah berjalan sejak akhir 1908 dan beliau kecewa dengan kurang pengetahuan oleh BNM mengenai penglibatan mereka terhadap perkara itu sewaktu menjadi Menteri Kewangan.

"Saya mengesahkannya dan mengarahkan Bank Negara untuk menghentikan dagangan forex serta-merta," kata beliau, sambil menambah bahawa bekas Gabenor BNM, Tan Sri Jaffar Hussein dan timbalannya, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ditawarkan untuk meletakkan jawatan kerana kerugian itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan