PM Adakan Taklimat Tertutup Bersama Ahli Parlimen BN

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan majlis taklimat tertutup dengan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Taklimat tertutup kira-kira 45 minit yang bermula pada pukul 8.45 pagi itu dihadiri anggota Parlimen daripada parti-parti komponen BN termasuk jemaah menteri. Selepas mesyuarat, Najib beredar bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima di Parlimen. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan