Pembangkang Persoal Lengahkan Laporan Audit

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan keputusan kerajaan melewatkan perbentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 sebagai tindakan tidak wajar serta dilihat mempunyai agenda tersembunyi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, tindakan melewatkan perbentangan LKAN disengajakan bagi menghalang wakil rakyat membahaskan Bajet 2013 berdasarkan rekod perbelanjaan 2011.

"Ini sangat tidak wajar kerana seolah-olah nak alih kesempatan ahli Parlimen membahas belanjawan kewangan berdasarkan laporan.

"Laporan audit ini adalah penilaian prestasi perlaksanaan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang memaklumkan bahawa LKAN hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat seminggu selepas perbentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan LKAN perlu dibentangkan bersekali dengan Bajet 2013 sebelum diperbahaskan.

"Kalau nak berlaku adil dalam membahaskan belanjawan, wakil rakyat perlu membaca LKAN terlebih dahulu.

"Tapi nampaknya taktik ini adalah untuk mengelak daripada ahli Parlimen melihatnya," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan melewatkan perbentangan LKAN juga seolah-olah memberi gambaran kerajaan cuba menyembunyikan salah laku dan kelemahan urus tadbir kewangan negara.

"Laporan itu sepatutnya keluar serentak dengan perbentangan Bajet 2013. Kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan yang dilaporkan dalam LKAN.

"Laporan ini sangat penting, kita tak mahu bahaskan sesuatu perkara dengan tuduhan yang tidak berasas tanpa fakta kukuh," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan