Pelajar Perlu Tunai Tanggungjawab Memilih Calon Pilihan Raya Kampus - Naib Canselor UUM

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Semua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)perlu melaksanakan tanggungjawab dalam memilih wakil dalam pilihan raya kampus yang akan diadakan esok bagi membolehkan suara mereka didengar oleh pengurusan universiti, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata para pelajar tidak sepatutnya membiarkan peluang yang ada (memilih calon) itu dibiarkan begitu sahaja kerana calon yang akan dipilih akan membantu bagi menyampaikan suara atau pandangan mereka kepada pihak pengurusan universiti.

"Saya berharap UUM akan mencatatkan jumlah tertinggi pelajar keluar mengundi pada pilihan raya kampus esok. Mereka bukan sahaja perlu melaksanakan hak-hak mereka dalam memilih pemimpin univrsiti, tetapi ia juga menunjukkan bahawa mereka memahami politik dan kepentingannya," katanya di sini.

Beliau berkata pelajar UUM perlu memilih wakil yang boleh menyuarakan keperluan dan aspirasi mereka.

Di UUM, sebanyak 21 calon layak untuk bertanding dengan 12 daripada mereka akan bertanding untuk kerusi umum manakala sembilan calon bertanding untuk tiga kerusi fakulti.

Sebanyak 22 calon menang tanpa bertanding di kerusi fakulti masing-masing semasa hari penamaan calon minggu lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM Prof Madya Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif berkata kira-kira 19,000 pelajar universiti itu akan mengundi dalam pilihan raya kampus di UUM esok.

Beliau berkata tahun lepas sebanyak 95 peratus daripada pelajar UUM keluar mengundi dalam pilihan raya kampus.

Pilihan raya kampus akan diadakan serentak esok di semua universiti awam di seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan