Ketua Pemuda Umno Kepong Parah Ditikam

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali,41 cedera ditikam di perut di hadapan rumahnya awal pagi Isnin.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk. "Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Isnin.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa. "Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata insiden tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4 pagi sebaik sahaja mangsa pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya di kedai mamak.

"Mangsa dipercayai meletakkan keretanya kira-kira 20 meter daripada rumah dua tingkatnya di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang sebelum dia didatangi dua lelaki dipercayai warga asing.

"Kami tidak pasti sama ada berlaku pergelutan kerana mangsa mengalami kecederaan sebelum dia ditinggalkan," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang.

Amiruddin berkata tidak ada sebarang barangan peribadi milik mangsa dilaporkan hilang dan polis masih lagi menyiasat punca berlakunya insiden tersebut dan berharap mereka dapat maklumat lanjut sebaik sahaja mangsa sedar.

Difahamkan Norizan sedang menjalani pembedahan selepas cedera ditikam di bahagian perutnya.

Salah satu jari tangannya cedera ditetak dan hampir putus.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan